Awak follow kita , kita follow awak balik ! hehe ^_~

Thursday, March 31, 2011

ohOo....bcOming eXam -_-'

HellOw ;)

hAeiy :D

kawan2 saya uaT aP ?!

hah? aPpe? tade wat pape??

tengah bOwink ?

alala syiannnn ;P
meh sini meh !
.. pakat2 baca blOg saya....

mesti x bOwink.. haha :D

oKeH !

harini nak talk2 pasal EXAM ... ahha.. exam ?! :D

yeah exam ... ;)

Penghujung apRil nei adalah final exaM.
Dalam bidang akademik, para pelajar kOlej dan jua universiti kini sibuk menelaah pelajaran masing-masing..
haha yeke ? yela kan.. budak2 rajen ;).

UntOk Mereka yang belajar secara konsisten
Pasti akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja..
beshnyeee :DD

tapi...

Sebaliknya, bagi mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir..macam saya lak kOwt ! haha :D
last2 minit bawu nk study ! haiss~ padahal masa terluang ada je.. teTaP buang masa.. huh! ada saPe2 nk nasehatkan saya yang malas nei? :'-l
 hurm..
biasa la kan bila da stdy last minit pasti mengalami huru hara perasaan...
betOl2 ! saya selalu rasa.. hohO..
Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu,
bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami.. aiyOo...

kawan2  jangan tiru macam saya....
nanti stress !! haha okEh ! lagi 3minggu saya dan kawan2 sPerjuangan akan menduduki Peperiksaan yang terakhir di uniSza dalam diP usuluddin..
agar Excited + takut = mereng ! haha :D

eRm,,By D way,insyaallah kalO ikut draF  21 april kitOram exam nahu....
samPai 3mei ..

lepas 2??!! cutiiiiiii !!! yay2 :D

tapi sblm nk gumbira2 ngan cuti... kena exam dulu...btOi x ?! hohO :D

dah2 ! tanak malas2 agi  ! stat arini nak rajen2 !! YEAH !! RAJEN ;') !! rajenn ;) !!! rajen -_-"
huhu dOakan saya yang terbaek yeh ;)
insyaallah ;)

and....

fOr kawan2 skelas n bbudax fKi yg bakal exam  .....

saya nak wish.......


SELAMAT STUDY  :)
PREPARE BETOi2 DiS YEAR ;)
USaHA KwAT 2 ;)
TaK Mo TANGgUH2 StUDy.. No nO No ;)
BAnyaKAN BErDoA !!! yEH ! iTU yANG pENTiNG.. ;)
KuATKAN DIrI... foKUS DaLAM2 ;)

INSYAALLAH....

SAYA BOLEH !!!! ANDA BOLEH !!!! KITA BOLEH !!!!!!!!!
GOoD LuCk ;)



Tuesday, March 29, 2011

sAat mAc 2011 mahu menutUp tirainya....

:)

salam....

hai :DD

camat pagi gUys ^_~

oish, awal kita online?! haha ngape yeww ?:D

okeh !!

harini klas kita cancel beb :D

cancel !!! cancel !!

yeahhh !!! klass cancell lg :DDD

ah ah ah :DD

truja taO :D

xyah nak rendah hujan... redah banjir ! leceh ! xsuka -_-"

pagi nei as usuall hujan n hujan n hujan...

haiss...

nei rasa nk nyanyi nei :DD

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
 
Cinta yang bersemi

Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

pstt : lagu nei khas tuk koram2 yg bc entri nei.taO. hik2.. besh x kita nyanyi ?
hah? ap? besh ?!
hee~ blushing ;')
thanks koram , luv u lah ! bhahaha :D



 melalut saje :DD

okeh !

kalO nak cita sal hujan nei,

 kat bumi kusza terengganu x henti2 hujan...

since kjadian tsunami at jepun, esoknya sini terus hujan...

hujan n hujan dan hujan lagi...

macam 2 la hari2 kami kat sini.. ditemani hujan...

tapi besh :D hujan rahmt kOwt :D


bila hujan da x henti2, biasa r kan, air mulala btakung..

sampai lah terjadinya....

Ouch ! malas nak cita... kOram tgk je pic at bawah nei yeh ;)

 
kawan2 , U saya banjir :D




































 air hujan jadik air banjir :D

sape nak men air datam r blOg saya ;P







see?

kalO  dulu syik ada kOmplen pasal air slalu tade...
nak mandi susah, basuh baju susah, amik wuduk susah,
tula , neila...

skunk ?!
hambek kau !

banyak air..  hhaha sabO jew lah.. :D

ingat kat rantau panjang jerk bOleh banjir, bOleh men air..
upanya U saya lagi dahsyat ! hhaha banjir bulan 3 kOwt!... aigOo :DD

since da banjir,, even paras lutut pOm..tetaP banjir! bOtik x ?!hee~
bila da banjir taula kan ,
sked sbnyak kOnfirm cikdan encik masalah menemani kami,masalah time2 nk gerak ke kelas, time nk mkan, nk wt asgnmnt, tsmik, n bermacam2 lagi lah,..

n lagi menakutkan bile................


mr snake muncul, kt blOg dak laki, dekat ngan blog kitoram..tkut :(





besar kannnn...?! eee!! tkut :(


Ngeri tengOk ular SAWA nei...

besOw....

panjang..

berminyak...

eeee....

datam dari mn lah...

haritu kat blOg Q(blOg budak2 laki)

tapi.....

semalam ada member klas cita : ular 2 , terlepas ke caner enta, bkeliaran..
hais ntala...
mintak2 x jadik tetamu x diundang kami.... amin ..

hOpe sangat ular tu x men2 at blOg kitOram..

yela.. air bnyak... klo ular 2 ad pom kitoram x pasan...
kankan...

hurm....

bayangkan...
tgh2 jale ke kafe... tetiba....

nauzubillah....

takut -_-

emmm...okeh !

buat kOram2 yg tcyayUnk, dOakan saya n member2 saya selamat serta bjaya habeskan diPloma at unisza yeh :D

thanks !!!! :-*
ihik ... jumpa lagi...
Assalamualaikum

Friday, March 25, 2011

sAat asaku mula pUtus -___-"

Terkadang aku rapuh,
Menyerah atas asaku,
Terkadang aku takut mencuba,
Kerana tidak siap untuk kalah.

Dalam sudutku dunia begitu keras,
Dalam pandangku dunia begitu luas,
Fatamorgananya tanpa batas,
Memupus semangat,
menenggelamkan tanpa bekas.

Ku terdiam ditengah keramaian,
Ku berjalan di tengah kecepatan,
Ku berlari di tengah mesin-mesin kehidupan,
Tidak cukup saku untuk sebuah perubahan.

Benarkah demikian?
Ataukah sekadar angan-angan,
Menyerah sebelum berperang,
Mematikan asa sebelum berjuang.

Terlalu baik untukku,
Namun tidak untukMu
Terlalu Wah untukku,
Namun tidak untukMu.

FirmanMu referensi motivasiku,
Sabda NabiMu jalan bimbinganku,
Untuk terus maju dan melangkah,
Menuju ke arah redhaMu.

BagiMu semua kecil,
BagiMu semua mudah,
BagiMu semua boleh,
Hanya kepadaMu aku berusaha dan berdoa.

Meski tertatih,
Ku memantapkan diri,
Meski letih,
Ku tegakkan jiwa dan raga ini.

Kerana ku yakin,
Engkau Maha Melihat,
Engkau Maha Mendengar,
Engkau Maha Mengabulkan,
Tidak sekadar yang aku inginkan.

Alhamdulillah syukur ku ucapkan,
Bismillah daya upaya ku gerakkan,
Ya Aliimu Yaa Khobir Yaa Fattahu Ya Qodir,
Anta a'lamu bi sirri wal a'alamiin.

هيا ! تعلم لغة القرآن بسهولة

Assalamualaikum..

salam ceria...
salam satu malaysia :)
salam semua ;)

kamu2 oram pa habaq ? chat kaa??  :D

okeH..!

harini ana bukak pOsting belajO Bahasa Arab ;)

wah !! 

kenaPa bhs arab? limaza2 ? haha

tOyyiB !

Entri kali nei adala dengan alasan mau bantu seOrang sahabat  ana yang ingin belajO bhs arab tahaP gilak2 tapi versi yang simPle2 jewk :D


هيا ! تعلم لغة القرآن بسهولة
jOm belajar bahasa alQuran dengan mudah ;)

أهلا وسهلا
selamat datang, hello

صباح الخير/صباح النور
 selamat pagi

مساء الخير/مساء النور
selamat petang

كيف حالك
apa khabar awak ?

الحمدالله ، أشعر باصحة والعافية
syUkur pada Allah, saya berasa sihat walafiat.

ما اسمك الكامل
apa nama penuh kamu?

اسمي سيتي سكينه بنت اسماعيل
 nama saya Siti Sakinah binti Ismail

اسم مستعارى قين اسما
 nama samaran saya Qyn Isma

هوايتي لعب كرة القدم
hobi saya bermain bola sepak

أزاول هوايتي في اوقات الفراغ
saya melakukan hobi saya pada waktu lapang

عندي أخوان كبيران وثلاث أخوات كبيرات
saya mempunyai dua orang abang dan tiga orang kakak

عمري واحد وعشرون سنة
 Umur saya 21 tahun

ولدت في شهر نوفمبر
saya lahir pada bulan nOvember

أنا من كلنتان
saya dari Kelantan

أسكن في قرية تاسيك تاندق رانتاو فنجع
saya tinggal d kampung Tasek Tandak, Rantau Panjang

أنا لست متزوجة
 saya belum berkahwin

من أي جامعة ؟
dari universiti mana?

تعلمت في الجامعة السلطان زين العابدين
saya belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

اسكن في المسكن
saya tinggal di Asrama

 أسكن في الدور الثاني
saya tinggal d tingkat 2


أحب مادة لغة العربية
saya suka subjek bahasa arab ;)

أدرس اللغة العربية منذ شهر
saya belajar bahasa arab sejak sebulan lalu

أنافس مع صديقى في الامتحان القادم
saya akan bersaing dengan rakan2 saya dalam peperiksaan akan datang

شكرا جزيلا
terima kasih banyak2

لا شكرا على الواجب
sama-sama

الى اللقاء/مع السلامة
jumpa lagi


arghhh !! manyak lagi la... len kali ana tambah2 lagi yeh ;D
hOpe dengan bbrapa ayat2 nei dapat bantu sahabat ana skead ..haha

gudLuck ye sahabat ^_~




الى اللقاء  / see u again / jumpa lagi :)

'Frust' Dalam Bercinta.. adOi -_-

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Benarlah kata pujangga,
"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."

Aneh sekali derita sakit putus cinta ini...
benci :-/
tapi rindu :(
Dendam tapi sayang.. -_-'
Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam..



Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.
  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta.
Terlupakah pesan bijak pandai::

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir.
Hilang semangat juang.
Malah ada yang sanggup bunuh diri.

Benarlah kata orang:
"Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."

Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku).
Buruk sekali keadaan orang yang 'frust' dalam bercinta.
Inilah salah satu akibat cinta nafsu.
Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta,
awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.!

Ketahuilah,
seseorang pernah gagal dalam percintaan,
kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.

Tidak pernah di kepalanya sendiri,
selamanya di atas kepala orang lain.
Pesimis.
Prejudis.
Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

 Cubalah anda fikirkan,
apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya?
Mungkin kerana hadirnya orang ketiga?
Mungkin dihalang oleh orang tua?
Mungkin kerana sudah jemu?
Macam-macam alasan diberikan...

Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta.
Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu.
Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya.
Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif.
Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat.
Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah.

Semuanya dari Allah.
Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka,
walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita.
Namun yakinlah,
pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.

Sesuatu yang kita cintai,
belum tentu membawa kebaikan kepada kita.
Manakala sesuatu yang kita benci,
belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah;

"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita.
Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat.
Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer).
Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah..

Waktu itu kita terhenyak lalu berkata,
"mengapa aku terpaksa menanggung derita ini."
Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, terhensem.. ter... ter... segala-galanya.
Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia.
Cinta diberikan seluruhnya.
Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata,

"ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah.
Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah.
Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan).

Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada...
kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!"


Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya.
Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain.  
Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!;)

Jangan katakan kenapa aku yang kena?
Jangan labelkan aku yang malang.  
Tetapi katakan, aku yang terpilih.
Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.


Memang begitulah rahmat Tuhan,  
kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan.  
Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah.
Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta.
Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera.
Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan.
Seorang filosof Barat, Hendrick berkata,
"mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya."
Cubalah fikirkan...
siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir...

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir...
barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat,
"Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!"

Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita.
Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.

Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya.
Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama 'orang' yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya.

"Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu."

"Allah ganti yang lebih baik."

"Tak sangka, kami akan serasi begini."

Begitulah suara-suara 'testimonial' daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu 'terkena' dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci.
Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat.
Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas.
Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada.
Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita.
Cinta itu bagai 'mata rantai' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian.  
Ujian dalam kehidupan.
Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar.
Setiap manusia adalah para pelajarnya.
Dan kita terpaksa belajar berterusan.
Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda,
adalah satu pelajaran juga.
Kita perlu faham 'pelajaran' yang dibawa bersamanya.

Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang.

Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan 'frust' berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar.
Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?
Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja.
Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa 'refer'  atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi.
Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya.
(I'm not a girl but not yet a women)
Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.

Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap.

Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka.

Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja 'lulus' dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.

Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, "apakah pelajaran yang disebalik semua itu."Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan.

Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.

Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. 

Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita?
Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati 'kekasih hati' agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita.
Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,

"we cannot  direct the wind but we can adjust our sail."
Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka.  

Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan.  
Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang.
Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah,
"belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air."
Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, "Jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena.

Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.
Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah.

Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan...

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. 

Fahamilah hakikat ini.

Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup.
Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah.  
Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"

Monday, March 21, 2011

Duhai ahaD kamu Datang lg ea .. huh ! :D

mOrninK :D

صباح الخير :D :D

selamat pagi semua...
 

da breakfast ? apew ? belOm ?!

nape x makan lagi nei.... kang masOp angin.. sape susah ?!

kOram2 jugaP susah .. :)
kankan..

harini hari ahad...
20 march 11 .. kan?

bile harini menjelma mesti sedew....

:((

petang nanti nak tanak saya wajib balik kampus....
esOp ada kelas... ada test :(
kejaP jew masa berlalu :(
tak puas rasa duk umah....huhu~
betui lah pe kamu Oram selalu kata...

"masa MEMANG mencemburui kita kan "

sesungguhnya anda tepat... ! tak henti2 masa tu bergerak...
kalolah masa berhenti ?
kiamat lah !adOi...
saya nei melaLut je keje...

hurm...

harini...
terpaksa tinggalkan Mak,Ayah, abang, kakak, ank2 sdara, meOw...  Rumah :(

n...

mOstly kampOm terchenta....

sedeh skead :(


arghhhhhh !!!!

kalOla kampUs saya dalam kampOm saya kan BESh !!
bOleh ulang alik..
huhu~  berangan  !!

 -__-

lagi 1 bulan nk study weeK ...

wahai cik masa, puan saat, tulumlah kalian bergerak cePat...

ta sabar nk cuti study week :DD


haha lebeh2 jew :D

k lah...

mau kemas itu barang sama ini barang skead...


salam peluk cium dari saya,,,







take care...

jumPa lagi,,,

Assalamualaikum ;)

Sunday, March 20, 2011

owH semuT ! kamU hebaT :D









Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?

Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? kenapa ya?

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.

Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.

Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.


SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)


Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.

Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi.

Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.

Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."

Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebatkan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.

Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.

Saya ingin menjadi seperti semut... rajin , gigih dan cekal serta tidak mudah berputus asa...

Duhai semut,,, kau INSPIRASI kepada semua ;)

Saturday, March 19, 2011

jOm ambik iktibar dari tSunami d jePun...




11 Mac 2011 lalu, seluruh penduduk dunia gempar. Jepun dilanda gempa kuat, berkekuatan 8.9 pada skala Richter.Gegaran dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo. Bandar Onahama di utara Jepun kemudian turut dibadai ombak tsunami setinggi enam meter.


Selepas itu diikuti dengan letupan reaktor pertama di nuclear power plant pertama di fukushima pada hari sabtu (jepun ade 2 nuclear power plant, di mane setiap power plant ade 6 unit reaktor) dan pada hari ini, baru sahaja tadi jam 11 jepun, reaktor ketiga pada nuclear power plant yang sama telah meletup. di kedua-dua letupan, radioaktif tersebar ke udara dan ianya merisaukan semua orang di sini walaupun kadar radioaktif yang tersebar tidak membunuh. sehingga kini, dalam 160 orang dianggarkan telah terkena kesan radioaktif tersebut.


Sebagai mahasiwa yang cakna dengan keadaan semasa, saya tampil untuk rasa bertanggungjawab membawa para pembaca khususnya mahasiswa untuk buka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini. Pertamanya saya ucapkan takziah kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa gempa bumi disana.
Apa yang mengejutkan kita, sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologi yang sarat tidak dapat mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini. Siapa sangka sebuah negara maju yang memiliki pelbagai jenis teknologi tidak mampu menandingi kuasa Allah. Firman Allah :


"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]


Jika satu masa dahulu kita mengambil Jepun sebagai salah satu negara yang mengamalkan sunnah nabi walau tidak beragama namun sekarang jelaslah bahawa betapa pentingnya agama perlu ditekankan dalam sesebuah negara. Penting sekali penghayatan dan pengamalan oleh pemimpin sebuah negara itu sendiri.
Namun, mengapa kita sibuk-sibuk mahu masuk campur hal negara orang lain? Jagalah kain sendiri. Malanglah yang memikirkan perkara sebegini. Dan saya rasa amat sedih dan kecewa sekali bilamana tragedi ini seolah-olah menjadi satu gurauan sesetengan manusia yang tidak empati dengan jiran kita.


Akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu.

TAk SENSITIF langsung..


Inikah tanda keprihatinan kita? Sehinggakan aksi ini telah disiarkan disiaran di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN. Sungguh menjengkelkan dan memalukan bukti betapa tidak sensifnya kita.


Dalam kesibukan dunia mengenai gempa bumi ini, kerajaan Malaysia amat prihatin sekali di mana, buletin di televisyen berbicara mengenai implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta implikasi kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato' Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.


Tiada kenyataan rasmi Perdana Menteri kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga setia negara matahari terbit itu dari dahulu lagi. Itulah bukti keperihatinan kita. Agungkan?


Dan paling mengharukan masih ada golongan yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah?


Bukalah mata wahai seluruh rakyat Malaysia. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tregedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan. Di mana kita perlu melihat bahawa kejadian ini dipenuhi dengan pelbagai peringatan. Awas kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :


"Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)


Mari kita ambil iktibar atas kekuasaan yang telah ditunjukkan. Percayalah tiada perkara yang amat penting baik kepada pemimpin golongan atasan atau hamba golongan bawah selain takwa kepada-Nya. Jangan khuatir kita mundur dari kemodenan, jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.


Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang. Ambillah contoh bagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya bisa belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

sumber Dari :  Tsunami di jepun : Mohd Syahid Mohd Zaini

Sahabat Saya (karangan sekolah rendah :)

saya punyai sahabat baik. 
BAik ker ?! haha baek lah ! :D
 
bangun2 tidO tenOk dy.. otw g tOilet jumpa dia...
nk g dapO ? ampaian? kelas ?! aih dia lagi...
wat asgnmnt ngan dia jugak !! adOi !!! jemu arh ! harihari muka dia... haha :D

Yela , kitOram kan hOusemate merangkak classmate :D

Okeh !! 

saPe dia tuuuu ?!

hurm :-?!!

sapeeeeee yeee ?!!

haha okehlah !!!

nama dia SYAZWANA MOHAMAD :)
atau ...

haruman kasturi :D
ada gak member2 panggil wananescafe :D
ada stengah tu lak mengelarkannya syazrim..
haha jeles taO ! banyak betOi gelaran dia neiiii :DDD

erm.. persOalannya...

kenalkah anda sama ini cik syazRim?? kenal dOp??.  
haahh ape ?! xkenal ?! 
haha memang pOm dia x femes ,cBb 2 dOp kenal !!! haha jOke !!  :DD

Okeh melalut saje...

sambung alik !!

fOkus2 !!

Wana ....

:D
:D :D

:D

saya nak awak tau...

walaupun awak.....

gemok montel busuk bacin masam kentutkuat
makankambing bangunlambat tidurawal bajetsleepingbeauty
rambutkembang makankuat
gelaksekatsekat beratmelebihisaya dan sebagainya

saya tetap suka kawan ngan awak
okay
ini tipu
ampunampun 

sebenarnya
awak cantik
sebab tu saya tak suka jalan sebelah awak
nanti orang bandingkan saya macam beauty and the beast
saya beauty awak beast:)
terbalik:D

awak hotstuff ^_~


awak wangi
kadangkadang saya spray satu botol pun tak boleh kalahkan awak
jangan cakap lah kalau saya tak mandi:).
macam iklan enchanteur tu.haha

awak pandai
sampai saya rasa waktu cuti pun saya nak pergi kelas sbb nak beat awak
tapi saya tak mampu.saya masih mencuba.
awak pakai bomoh mana ek?kagum lah bakat semulajadi awak tu.cemburu.

awak rajin
malas saya nak buat kerja bila tengok awak rajin sangat
saya rasa lebih baik saya tidur
sebab nanti saya boleh suruh awak siapkan je.
kan2?
haha
dan
sebenarnya
banyakk lagi
kalau saya senaraikan nanti
kembang pulak awak
mahu harihari awak baca entri ni
senyum :)
konklusinya

saya suka kawan ngan awk :D

sangat memahami saya..
haha memahami ke? memahamilah sepOsen :D
awak cool bila saya sedang emo 
. awak faham bila saya kata saya busy.
sampai kadang-kadang saya rasa saya yang sangat kejam. 
awak sangat supportive dan selalu cuba buat saya jadi positive bila dirundum masalah. 
awak seorang yang girang dan berjaya mematikan ego saya. 
awak banyak membuka minda saya. 
awak tak sedar yang awak seorang yang positive sebenarnya. 
family awak pun dah saya anggaP macam family saya juga.hehe :D :D


saya , awak , kita telah banyak mengharungi detik gembira bersama 
dan 
mungkin juga tika saat-saat berduka.
kankan..
Dari hari saya tanya "hai nama cape, saya sakinah :D  ketika  di awal sem1  (18 tahun) sampailah sekarang (21 tahun). 

saya sayang awak :') 
sebab awak banyak mempengaruhi hidup saya.
bila saya rasa yang saya tiada kawan,
saya salah sebenarnya.
saya tahu awak sentiasa ada.

saya taknak bagitahu awak yang saya tulis tentang awak di blog ini. 

biar lah awak pandai-pandai jumpa sendiri. 
hehe xjumpa pOm tape ... nati awak segan , saya plak yg susah ..haha :D



haa ! nei dia cik wana (bju kaler bru, hehe ;)


Da macam Owg buta da.. haha :D




saAt oTw g mand i terjun ..haha masehkahkauingat ?! :D

Versi Titanic : U jUmp,, i jUmP ^_~






saya + awak = kawan campai bilabila ! taO ! ;)



dengan ini,
dengan rasa rendah diri saya ingin awak tahu awak lah sahabat terbaek yang pernah saya kenal..
yang saya suka kongsi crita :)
danJika ditakdirkan selePas graD nti kita x jumPa lagi,
  saya mahu minta maaf jika saya banyak buat awak kecil hati dan kecewa dengan mana-mana perlakuan saya yang telah mengguris perasaan. 
MAAFkan saya wana..


===>> Dedicated dis sONg KhAS uTk KAMU sahabat and juga sahabat2 YANG laen..
sesungguhan sakinah SAYANG kalian KETATketat:D

"Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Dtik waktu yang berlalu
Menjadi memori kau dan aku

Sewaktu kita bersama
Saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi

Kita bersama memijak onak duri
Di tanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat
Dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuanNya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisa kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi



Friday, March 18, 2011

pilihan banyak!! semua terbaek ! adOi -_____-''

'walau kita dihadapkan,
dengan berbagai pilihan,
mengapa sering terjadi,
pilihan tak menepati,
hingga amat menyakitkan,
menghadapi masa depan,
seolah telah terhapus,
sebuah kehidupan yang tulus
Betul kan kawan2... 
selalu je kita tersalah pilih, 
tak tahula kamu orang macam mana,
tapi saya selalu juga tersalah pilih sebab bila ada pilihan-pilihah lain,
selalu sangat tak tahu nak pilih yang mana satu,
even untuk benda-benda yang simple jewk :P

contoh ?!
okey  contoh yang paling simple,
bila banyak sangat baju,sampai tak tahu nak pilih yang mana,, nak beli baju mana, kaler ape,, semua kat mata kita nampak cantek, nak amk tu , yang nei cantek...nak amik yang nei yang tu cantek..
nak amek semua ?! bankraP lah ambo !! hohO :D

and ! at the end, kite akan tersalah pilih  beli baju yang buwuk ! adOi ! selalu terjadi tu..  -_-'
lepastu, sekarang ni kan,
saya rasa memang macam tak tahu ape yang saya nak pilih
dan
kadang-kadang keliru apa yang saya nak cari sebenarnya,

mungkin juga benda yang saya nak cari tu sebenarnya tak perlu,

atau mungkin benda yang saya nak cari tu dah ada depan mata,
cuma saya yang tak perasan, eh ! yeke ? haha ntahla :D

oR mungkin jugakk benda yang  saya nak cari tu takkan beri faedah atau takde kepentingan pun untuk saya :-l.

And......bila kepala  dah keliru, ,  apalagi !! rasa malas nak fikir mulalah datang tanpa diundang !
sO, akhirnya ,, men buat je keputusan cincau2 ! yela da leteh fikir.. kan ?! :D

nOw, saya keliru lagi !!
keliru nak buat  pilihan ..
pilihan yang agak penting lah untuk life saya...
kalau tersilap pilih ! 

HANCUS !! BERKECAI !! haha tadelah sampai camtu skali...

cumanya , , , PENYESALAN tu pasti akan timbul ! 

betul x ?

so, saya nak plilh yang terbaikk....
nak yang DA BEST !
nak yang mumtaz2 jew !! haha tamak :D

tapi..

saya sebenarnya maseh teramat2, teragak2 keliru untuk membuat pilihan U for degree nti.,,,

eeee!!! masalah !!!

nak pilih U mana yeh?!!
 nak aPply kOs aperh yeh ?!!
nak U dekat ker jaOh?!
U tu bagus kerk?
Belajar suBjek tu senang kerk ?!

macam2 persOalan timbul bila kepUtusan perlu dibUat !!

selalu sangat !!! saya je ke yang rasa camtuh ?! haisss :D

rasa macam nk bolut semua kos ! tapi saya hanya diberi 4 pilihan jewk...
skead kan? nilah naseb kami, si budax diplOma...huuu~
dak2 lepasan stPm n stam smP 7 pilihan lagi tutt...
sungguh tidak adil... huhu sabO jerk lah!  :D

tingin nak sOlat istikharoh !! tapi selalu jewk x jadi.,,  Lalai betul saya O_o

hurm....

tapi.... duatiga ari lepas....
terdetik gak at hati nei....
degree nati rasa macam banyak sangat hati nei terarah  untuk sambung dgree usuL...
kos usuluddin memang BEsT !
sungguh ! 
Mostly kos usul banyak berkait pasal ISLAM ! akidah, falsafah , nahu , perbandingan agama... n bermacam2 lagi ilmu...saya suka !
sebenarnya bila making kita belajar making banyak yang kita TAK tahu....
rasa macam jahil sangat !!
saya bersyukur sebab Allah mengerakkan hati saya dulu untuk pilih diP usuluddin...
 aT least leh saya baiki sedikit sbnyak akidah saya.. mematangkan diri...
mengutiP pengalaman2 dan macam2 lagi lah.. huhu
tak sangka haritu baru daftar,,,,
hari ni da nak abes da diP usul,,, :D

arghhhhh !!!!

masa terlalu cepat berlalu ....
tapi sebenarnya suka gak...
tak sangka leh sampai tahap skunk...
xsangka leh masuk U...
xsabO nk konvO !! hehek..
macamana lah perasaan time tu ya!!! :D


berbalik pada pilih degree usuluddin nti...
nak sangat apPly kos tu...
tapikan....
takut ,,,,
takut tak leh carry subjek2 bhasa arab...
yela ! saya tahu kemampuan saya takap mana...
saya kenal diri saya macam mana...
saya tak pandai sangat arabic... merangkak cam gtu2 jewk..
tapi saya nk belajar lagi usul agama, nk kuatkan aqidah saya, nk bimbing hati saya...

cumanya.... takut time tesis nti....
kalo tak past tesis tak grad r saya... huhuh...


MALAS DAH NAK FIKIR ... oFf  4 tOday,, esOk sambunk fikir ag ! haha...buBye ^_~

nOta chenta (:

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah...


semoga Tok tenang disana ......

salam.. hai olls :D
uat ape tuttt?! 
da tido ?
adoiii !! awal lagi larh ! malam maseh DARA!!!
bangun2, 
jom baca blog saya ..hehek ;D

da lama kan saya tak update blog nei.. 
gindu lak nk mencurah2 rasa hati.. haha :D

skunk saya at rumah !! :D

ada mak ada ayah :D :D

ada abang :D

ada anak2 sdara :D

ada arnab :D

ada meow ;D

ada tv :D

makanan sedapsedap.. ececew.. :D

tapi....
tapikann.....

malam nei xmacam malam biasabiasa yang saya lalui masa bcuti at kamp0m...

malam nei laen jew rasa....

rasaa.......................
sedeh....sunyi....kehilangan

malam nei mak ayah tade...

dioram kua...gi umah kakak epar saya(kak eni...)...
saya plak ?! taleh ikut.... ;(

tadi petang kak eni kol... nangis2 !! :(

cakap atok da tade :"(

atok kakeni,, saya da anggap mcm atok sendiri da.. sbb atok nenek saya da tade masa saya kecil2 lagi.... skunk atok kak eni da pergi buat selamanya petang tadi.... 
saya kehilangan atok lagi :((


rasa macam x pecaya pom ada...
betol ke tok da meninggal.... ?! mak betolke.... kak betolkeee ???!!
 rasa macam nk PITAM je.....

:(((

moga atok tenang disana.....INNALILLAH ! 

Tok  tau tak ...

atok BAEK SANGAT !!
LAWAK ,, 
SUKA BUAT SAYA GELAK....!! SUKA PUJI SAYA...!! AMIK BERAT sal saya BILA kat RUMAH tok.... bila ngan atok, saya rasa istimewa ! Atok plak layan saya  macam  saya sorang je cucu atok.. thanks utk tu tok :) saya plak dengar je abang nk g pasirputeh umah atok, terus siap , masuk dale keta, excited nk jumpa atok..,, saya suka sembang ngan tok.. dengar cita tok.. macam2 atok cita.. pasal jepun dulu2 la, tula , nila... suka ! :) tapi skunk?!  :( 
sape nk puji saya lg bile kt umah tok,nk cita sal dulu2 at saya...

hurmm...

Tok..... saya terasa.... :(
terasa kehilangan....  :(
saya tak tahu nk cakap ape lagi :(
saya tahu....


setiap yang bermula PASTI akan berakhir...
setiap yang HIDUP pasti akan MATI...

semuaNYA ketentuan ILLAHI....

tapi HATI nei seolah2 sukar je nk terima ! 
YA ALLAH !!!!!!

kau tempatkanlah atok dikalangan orang2 yang beriman....
kurangkan seksa kubur buat beliau........
 rahmatilah roh atok...
ampunkan dosa2 yang pernah tok lakukan....

SEMOGA ATOK TENANG DISANA ... ameen....

ALFATIHAH BUAT ARWAH ATok ..............................................................