Awak follow kita , kita follow awak balik ! hehe ^_~

Sunday, February 6, 2011

Note Untuk Awak ^_~




saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la…

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak…saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa…
awak..

saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..
awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama…lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik….banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn…sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la…saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i’ll be yours forever…tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..
awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti... Insyaallah kalau ada jodoh :)

Thursday, February 3, 2011

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir, sebarkan kepada semua...


KRISIS SEBENAR DARURAT DI MESIR...


Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci.  Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook,  twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.



edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar



Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
 Twitter:  DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.comPlease let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook,  twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:


Sumber Dari :

Majlis Cukur Jambul 'Akmal Rizal' & Birthday Abang ;)

Alhamdulillah..
selesai sudah lah misi mak ayah & family abang
untuk majlis cukur jambul baby kecik yang bawu lahir nei...


chakkk !!  

nilah Akmal Rizal..
da ada nama da :)
nama Akmal Rizal diberi sempena 
nama pemain bola sepak malaysia..hahah..apaapa jela..
okeh..
Majlis cukur jambul buat kat umah saya..
kenduri kecil-kecilan sahaja. 
jemputan pun sedara-mara dan sahabat terdekat. 
Bermula dari pagi lagi mak n kawan2 nya sibux bertungkuslumus 
memasak kat dapur..
suka tengok keadaan camnei..
napak semangat gotong royong..
n
keikhlasan mereka membantu & beramahmesra terpancar pada riak wajah masing2..
sebab tu jugakla saya bangga jadi orang kampung..
suka semangat membantu n beramah mesra macam nei :)


lepas jew solat isyak,
jiranjiran n sahabat terdekat abang saya
datang meraikan lagi majlis akmal...
Alhamdulillah...
majlis berjalan lancar...
walaupun
ada sedikit kekalutan..
disebabkan...
esok nya birthday abang saya..
so, agak kalut la plan nak celebrate b'day abang..
kakak ipar saya kak jas da support dwit..

so, terpaksa la dgn rela hati
saya n abang li kua senyap2...beli kek..
agak gopohgapah,
pecut keta very da laju..
huhhuh.. 

At last..
dapat beli kek..
n
dapat juga tengok
tok iman cukur rambut akmal saya, yay ! 
huuu~ terlebey suda~ :D

by da way,,
lepas jew owang balik..
saya n kazen terpaksa la plak bantu mak 
basuh pinggan, basuh gelas..
cuci itu cuci ini..
hadoii ponat kut jadik pompuan.. -_-"

tepat 00.00 am..
jengjeng...


suPrisessss !!!!


haPpy birthday abang hab !!!!! :D
kek nei ditaja ikhlas dari kak jas.. isteri abg saya :)


abang saya da 37 tahun da :)
da ada anak dua ...
cepat betul masa berlalu...

moga abg hab bahagia disamping keluarga...
sentiasa bertanggungjawab...
n
  dipermudahkan rezeki oleh Allah selalu..
Ameen :)




with LOve ::






Wednesday, February 2, 2011

Dia cumeL !! geram3 !! ahha :D

Dia..
Dia sungguh Jinak..
sangat manja..
terlaluuuuuu cumel..
ada macammacam kaler..
hehe
guess what??
kucim??
salah !!

haha..

tak dapat teka?

okla oklaa...

saya bagi lagi klue..
dia hensem...
smax..
baek jew....
suka sgt men2 kat halaman rumah !
agak2 apa ye..

tak dapat lagi??
adess..mengalahla camnei???
haha
okla..!!

taraa....


ini dia si cumel saya...
nama diberi anamichi..
sangat cumel.. kankan... 
sape tgk mesti jato cinta..
betul tak?
haha
kat rumah kami 
ada duaaa ekor arnab !
duadua shumel! 
shiiut2 !
nsem2 
tersangatla shantik !
j0mla datam umah maem sama bunny saya :D
yang nei plak koko..
 agak pemalu..
manja..
n
pandai mengoda.. :)

so , 
sapesape yang tengok dya
konferm tgoda lah wacakaplu....

termasuk la 
si gadis at bawah nei :D :D

  
Nurul Iman..
salah satu anak sedara saya yang da jato cinta pandang pertama 
tgk anamichi & koko :)
sangat suka tgk gelagak iman ble dengan dua arnab nei :)
 cumel ! ^_~
iman sangt suka akan ini arnab..
setiap kali alik kampom ..
benda yang pertama iman nk jumpa
adala
mereka! (arnabsaya hehe :) 
kan da cakap kuat penangan arnab...
sapesape yang da tergoda..
habesla
mesti angau gler2..
xlalu makan..
mandi tara basah..
n
macammacam lagilah..
haha



orang kata..
bela haiwan ini murah rzeki..
kang?
saya rasa pom macam tu..
sebabb...
bila kita layan haiwan tu elokelok..
bagi haiwan tu makan...
nanti haiwan tu akan doakan kita..
so, 
for those yang rasa nak bela haiwan...
silasila lah...
haha ..:) 
P/S : *kecomelan haiwan bergantung kepada kecomelan pemiliknya!! kankan.. hehe ^_~

LOve ::



Tuesday, February 1, 2011

Andainya~

ya Allah...
andainya kehadiran cinta Adam
hanya untuk mengecewakanku...
luputkanlah cinta itu dari terus
bertandang di tabir hatiku...


ya Rahman...
andainya cinta Adam hanya untuk
menidakkan kegembiraan dalam hidupku...
luputkanlah cinta itu dari birai pencarianku...

tetapi ya Rahim...
andainya kehadiran Adam itu tulus suci keranaMu...
izinkanlah cinta itu membuaikan kebahagiaan
dalam taman hatiku...

aku mohon ya Karim...
agar nanti Kau hadirkanlah
seseorang Adam yang tega mencintaiku,
dalam lafaz ijab dan qabul bersaksikanMu...
:)