Awak follow kita , kita follow awak balik ! hehe ^_~

Thursday, February 17, 2011

16 februari 2011... Beliau meninggalkan kita... AlFatihah....


بسم الله الرحمن الرحيم 
 Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya.
(surah al-an am ayat 61)

 Seperti firman Allah, tiaptiap yang hidup pasti akan menemui kematian...
begitulah yang menimpa sahabat kita...

- Abdul Muin Abdul Malik..
- Diploma Pentadbiran Islam..
- Semester Enam..

Beliau telah mengelami kemalangan motosikal ahad lalu ,
keadaannya agak serius....
isnin atas persetujuan orang tuanya beliau di operate....
selasa keadaan beliau semakin kritikal...

dan hari ini......16feb2011

kirakira 6.30 pm tadi beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir....

meninggalkan keluarga,
meninggalkan insan tersayang,
meninggalkan temanteman...
meninggalkan unisza....

Al fatihah....

Semoga rohnya dicucuri rahmat....
ditempatkan dikalangan orangorang yang beriman...

Buat teman teman ...
Pemergiannya Jangan ditangisi...
Biarlah ia pergi dengan tenang....
kita yang masih hidup... teruskanlah perjuangan....
tingkatlah ibadat... semoga setiap yang kita lakukan atas redha Illahi...
...............

:::::Menanti di Alam Barzakh:::::

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,.........

No comments: