Awak follow kita , kita follow awak balik ! hehe ^_~

Friday, September 30, 2011

Taniah Kak Dila :)








Selamat Pengantin Baru 
Kak dila & Abg Aizul :)
Weee~ Sape dioram ni ^^?
haha
Oke oke
Kak dila ex Dip Usuluddin :)
Abg Aizul plak ex Dip Syariah :)
Dua2 ex Unisza :D
Xsangka sampai kejinjang pelamin jugak ye akak :D
Apa2 pom
Suka tengOk majlis dioram. 
Simple tapi comel sgt2 :D 

Taniah :))
 


P/S : Moga bbahagia sampai keakhirnya :)



Tuesday, September 27, 2011

Stacy _ Kisah Dongeng :))



ku sedar ku tak seberapa jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah dari diri ini
apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
terpendam simpan untuk dia yang sudi

mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu, dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja

Sharing sbuah Kisah benar! Subhanallah!!

 SANGAT MENGEJUTKAN ....... . Ini adalah kisah nyata seorang gadis kolej muda yg meninggal dunia bulan lepas di Shah Alam. ... ... Namanya Priya. Dia telah dilanggar oleh sebuah trak. Dia bekerja di pusat panggilan. Dia mempunyai teman lelaki yang bernama Shankar. Mereka sangat mencintai satu sama lain. Mereka sentiasa bercakap di telefon. Kamu tidak akan nampak dia tanpa telefon bimbit. Malah dia juga megubah talian dari Maxis ke Digi, supaya kedua-duanya boleh di rangkaian yang sama, dan jimatkan kos. Priya menghabiskan separuh dari setiap harinya bercakap dlm telefon bersama Shankar. Keluarga Priya tahu mengenai hubungan mereka. Malah Shankar jg sangat rapat dgn keluarga Priya. (Cuba bayangkan ikatan cinta mereka) Sebelum dia meninggal dunia dia selalu memberitahu rakan-rakannya “Jika saya meninggal dunia, tolong bakar saya bersama telefon bimbit saya” dia juga berkata perkara yg sama kepada ibu bapanya. Slps kematiannya, orang tidak dapat mengangkat mayatnya, walaupun telah mencuba sedaya upaya, tetapi masih tidak boleh. Semua orang telah mencuba untuk mengangkat mayatnya, tetapi hasilnya tetap sama. Akhirnya, mereka memanggil seorang lelaki iaitu kawan bapanya yang dikatakan boleh memanggil dan bercakap dengan roh orang yang sudah meninggal. Lelaki itu mengambil sebatang kayu dan mula bercakap kepada dirinya perlahan-lahan .. Selepas beberapa minit, lelaki tersebut mengatakan “gadis ini tertinggal sesuatu di sini.” Kemudian rakan-rakannya memberitahu lelaki itu tentang niat utk membakar mayat Priya bersama telefonnya. Dia kemudian membuka kotak kubur dan meletakkan telefon dan kad sim di dalam kerandanya. Selepas itu, mereka cuba untuk mengangkat mayat Priya dan ternyata ianya menjdi mudah lalu membawanya ke dalam van. Mereka semua terkejut. Ibu bapa Priya tidak memaklumkan Shankar bhw Priya telah meninggal dunia .. slps 2 minggu, Shankar menelefon ibu Priya .. Shankar : “Auntie, saya dtg ke rumah hari ini .. masak sedap-sedap ya. Jangan bagi tahu Priya yg saya akan datang rumah hari ini, saya nak bagi dia surprise.” Ibu Priya menjawab ...”Kamu dtg lah ke rumah dulu, saya ingin beritahu kamu sesuatu yang sangat penting.” Setelah dia datang, mereka memberitahu kebenaran tentang Priya. Shankar menganggap mereka sedang bergurau dengannya. Dia ketawa dan berkata “jangan cuba tipu saya - suruh Priya keluar sekarang, saya ada hadiah untuknya. Hentikan semua kekarutan ini.” Kemudian mereka menunjukkan sijil kematian asal kepadanya. Mereka menunjukkan bukti supaya dia percaya. (Shankar mula berpeluh) Beliau berkata ... “Tidak benar .. kami telah bercakap hari ini .. Dia masih menelefon saya. Shankar terketar-ketar. Tiba-tiba, telefon Shankar berbunyi .. “Lihat ini adalah dari Priya, lihat ini ...” dia menunjukkan telefon kepada keluarga Priya. Semua mereka menyuruhnya menjawab panggilan tersebut. Dia bercakap menggunakan mod pembesar suara .. Kesemua mereka mendengar perbualannya. Kuat dan jelas, tanpa sebarang gangguan. Memang suara sebenar Priya & tidak mungkin orang lain boleh menggunakan sim kad itu kerana telah di bakar bersama mayat Priya. Mereka sangat terkejut lalu memanggil semula lelaki iaitu kawan bapa Priya (yang boleh bercakap dengan roh orang mati) utk membantu. Beliau membawa tuannya untuk menyelesaikan perkara ini. Dia & tuannya bekerja selama 5 jam. Kemudian mereka menemui satu perkara yang benar-benar mengejutkan mereka .... Digi mempunyai liputan yang terbaik “Di mana pun anda pergi, rangkaian kami tetap ikut!!

Disuatu Petang ...

 
cucu : nenek!! nenek..! Datuk meninggal !!

nenek : bila cu?? 

cucu : baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek kerumah, keluarga sudah bkumpul semua, mari cepat nek !! 

nenek : jap cu, nenek nk pinjam HP kamu dulu cu.. 

cucu : nk tpon siapa nek ?? 

nenek : bukan! nenek nk buka facebook dulu.. 

cucu : npa nenek nk buka facebook lagi waktu bgini nie? 

nenek : Hmmm nenek nk ubah status dari BERKAHWIN menjadi JANDA.

P/S : rajin2 la update status pasni..haha :P

Saturday, September 24, 2011

TanpaMU :)

Tanpamu adala ost Nur kasih the movie.hehe :P
Simple je lagunya tp bagi mereka yg pernah tengok cite nurkasih mksudnye cam mdalam. kam2? terlalu banyak pengorbanan. Well, saya suka lagu nim. Slalu jew layan. hahah :D 
kalOla sy pandai nyanyi da lama saya nyanyikan lagu ni wat insan2 tsayang saya. Specially Mak Ayah saya. Wah! haha jOm sama2 buang masa dgr lagu ni :D


~ Tanpamu ~




Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang


Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhentiKeranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya


Chorus
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu


Friday, September 23, 2011

Mencari Sakinah....


Di usia  yang mulai mencecah 21..






Saat ini,
tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati.




Saat mengadap illahi, menadah tangan  memohon sedikit belas, 
Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. 
Hati sebak.

Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. 
Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. 
Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang.

Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. 
Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. 
Diragut oleh siapa? 
Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? 
Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? 
Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. 
Terdiam sepi.
Adakah hati ini juga telah mati?

Ya allah. Sungguh aku rindukan ketenangan.
Ya allah! Sungguh aku dambakan ketenangan.
Ya allah! Sungguh aku perlukan ketenangan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan.
Bibir diketap erat. 
Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.

Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia lalai dari mengingatiMU,  jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, tetapkanlah imanku, tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang engkau redhai, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.

~  Ameen ~

Dipetik dari artikel iluvislam :) hehe