Awak follow kita , kita follow awak balik ! hehe ^_~

Wednesday, May 18, 2011

Carta 10 Terhangat Mengapa Kita Menjadi Gemuk ! ayoyO ...


helo guys ;)

harini i ada infO terbaru bwat u oram semua ?
apa ye ?
okei okei
jom bacha sesame :D

btw ,  tahukah kalian bahawa kurang makan juga boleh menyebabkan anda menjadi gemuk?
 xpercaya kan?
itula hakikatnya ;)
x percaya laei ?
okei okei !
Berikut i kongsikan 10 sebab terhangat mengapa manusia menjadi gemuk.

okei



Tempat Ke-10
Pegambilan Ubat-ubatan Anti-Depression

Sekarang ini terdapat ramai orang yang bergantung kepada anti-depression bagi mengurangkan tekanan dalam hidup mereka. Ubat-ubatan ini memperlahankan metabolisma dan menjejaskan keseimbangan hormon didalam badan. Kedua-dua faktor ini akan mengurangkan kemampuan badan kita untuk mengekalkan berat badan.



Tempat Ke-9
Menghidapi Penyakit Kronik



Penyakit-penyakit seperti Thyroid dan Diabetes menyebabkan pertambahan penghasilan kortisol didalam badan yang boleh menyebabkan pertambahan berat. Orang yang mengalami masalah sebegini mungkin perlu menjalani rawatan tertentu dari pakar untuk menurunkan berat badan.



Tempat Ke-8
 Genetik



Memang tidak dinafikan genetik juga memainkan peranan dalam menetukan samada kita mudah menjadi gemuk ataupun tidak. Namun perlu diingat faktor cara hidup dan persekitaran memainkan peranan yang lebih penting dari genetik semata-mata.



Tempat Ke-7
Stress



Setiap kali kita stress, kadar kortisol didalam badan juga akan meningkat. Kortisol membantu membebaskan gula dari otot dan hati dan bertanggungjawab untuk pengumpulan lemak dibahagian perut. Kortisol juga melemahkan system immunisasi dan menyebabkan kita mudah diserang penyakit. Jadi kurang-kurangkanlah stress!



Tempat Ke-6
Saiz Pengambilan Makanan (Portion Size)
Sedarkah kita cara hidup yang telah diterapkan kepada kita selama ini menjadikan kita hilang kawalan terhadap jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Disebabkan budaya ini kita sentiasa berasa lapar dan tidak cukup makan, walaupun kita sudah mengambil makanan lebih dari yang sepatutnya diperlukan oleh badan. Disebabkan itulah kita mudah menjadi gemuk.



Tempat Ke-5
Tak Makan

Percaya tak kalau kita sengaja tak makan waktu tengahari, kita akan makan lebih banyak secara tak terkawal bila tiba waktu makan seterusnya. Tak makan akan menyebabkan badan kita kekurangan kalori dan nutrient untuk kegunaan badan. Disamping itu apabila perut sangat lapar, kita akan mudah untuk memilih makanan berlemak dan berkalori tinggi dan akhirnya akan disimpan sebagai lemak diperut kita.



Tempat Ke-4
Label 'Rendah Lemak'


Berapa ramaikah diantara kita yang menyangkakan makanan berlabel 'rendah lemak' juga mengandungi 'rendah kalori'? Jadi sebelum anda membeli produk-produk berlabel rendah lemak pastikan anda melihat berapa jumlah kalori makanan itu sekali. Ramai diantara kita terlebih makan makanan rendah lemak ini kerana kita fikir ianya sihat dan tak menggemukkan.



Tempat Ke-3
Kurang Bersenam

Latihan bebanan dan kardiovaskular membantu kita membakar kalori. Latihan kardio diwaktu pagi membantu pembakaran lemak yang efisyen. Latihan bebanan yang sistematik membantu lebih banyak otot dibina dan meningkatkan kadar metabolisma. Jadi kita tetap membakar kalori walaupun sedang berehat.



Tempat Ke-2
Kadar Metabolisma Rendah

Kadar metabolisma yang rendah menyebabkan kita mudah menambah berat badan. Namun tahukah anda otot boleh meningkatkan kadar metabolisma kerana otot membakar kalori dengan aktif. Senaman yang konsisten dan sistematik boleh mengekalkan jumlah otot-otot dalam badan walaupun kita sudah tua.



Tempat Pertama
Diet Yang Tidak Sihat

Terimalah hakikat ini, secara amnya amalan pemakanan kita tidak sihat. Makanan seharian kita dipenuhi oleh bahan-bahan proses yang tidak baik untuk kita. Jumlah makanan yang diambil seharian pun selalunya diluar kawalan. Sayur-sayuran dan buah-buahan jarang sekali diamalkan sebaliknya kita lebih berminat dengan makanan dikedai mamak dan di KFC atau McDonald. Seringkali kita suka keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi disebabkan obsesi kita terhadap budaya sebeginilah yang menjadikan kita semakin gemuk dari hari-kesehari.

sO, buat semua
sama-samalah kita berubah kearah cara hidup yang lebih sihat!

okeh?!

gud ;)

Tuesday, May 17, 2011

jOm belajar mengira wif my liTtle Faris & Fatin ;)

video 

video

sOei..


Untuk awak..
saya tahu..
saya tahu saya bukan sahabat yg baik,
tiada saat awak sakit..
tiada saat awak memerlukan..
tiada selalu disisi awak,

awak..

macamana pom perasaan awak at saya skrang
macamana pom awak da delete saya dari memory kepala awak
macamana pom awak benci at saya
saya nak awak tahu..




Monday, May 16, 2011

I nak kOje... Sape nk bg i kOje? hahah :D


Mak Salmah tercekik kangkum.
Assalamualaikum..

bOwink dirumah syik minum kuah
kua berjalan melambai2
hai nak jOli pom susah,
dwit ta ada bhai ;(

Kalau ada kerOpok loSong,
bolehkah hamba rasa wahai encip jaliey?
Kalau ada kEreja kOsong ,
harap di ajak ambO sekaliey :D



okei,
i ngaku i bOwink

Sumbax weh !

knapa ?

Ouch !
ta payah chita la kang ..

since da abes belajO ,
masOp nim da dua minggu i at rumah ,
yeah ! menghabiskan spenuh masa bsama kUarga..
ececew..
bahagia nim :D

tapi 

kalo da selalu dirumah, tiap masa buat rutin sama..
aiyO, erra fazira pom boleh bOwink ..
kankan..


kawan2 i sbux kesitu kesini..
caghi kOje..
ada yg da dapat kOje pom da.
siap jadik guru agi

beshnye u oram kang..


tapi i ?



koje tanam anggur gaP lah at umah nim


jadik suri rumah tangga sepenuh masa..


lambat mangun, mak misim..
lambat masak, abah merunguk..
lambat kemas umah akak belebering..

ouch

tensen gwa..

nak kua cari kOje..

cam malas plap..

whahaha

bukan ape, i x suka kua sowang2..
tade geng lah
lagi plak kat tempat  i x banyak ngat keje kusum...
setakap jual jual at market appe baram beb...
haha bukan nk memilih tp gaji jadik kuli owang murah ngat..
nta sampai ke tdak rm7 sehari.. keja da la dari kul 730 smp 730pm..

i nak kua jaO jao cari kOje..
mak ayah x kasi, takut i x leh bdikari, takud i susah plak...
ai sayangnye dioram kat i..

hai mak ayah x payah isau lah ea..

ore sendiri pom x brani ,
takut nk kua jaO2,
depan mak ayah jewk bwat muka brani, protes itu ini,, haha tapi dalam hati.,,,
hurmmm :D
allah jewk yang tau :D

haisss...

i sebenarnya memang nak kOje..
nak koje :((
nak sangatsangat

nak manyak dwit...
yes dwit

haha mata dwitan jugak ea..kadam2 jewk :D

urm ! tapi ckunk !!
i miskin :(
nak beli blOuse yang i suka pom ta dOpet,
beli blouse murah pom xdapat :(
taderk dwit kang,

i tensen U ..

tensen lagi, lagi, dan lagi..

tetiberb jewk aser macam nak melasah2 manusia!
hoho sape ea mau jadik mangsa ptama ? 
heeyah !! DushDush !!

hurm...



nak meniaga kueh2 or nasik2 lomak pom i ta pandai masak,
kang masak nasi lemak kua2 nasi gomak plak..

ouch..

haha


sO, sapesape yang kesian at i nim...
tulumtulum la carikan i koje ea.. hahak  :D

Cik Suhaila pom jangan lupa au...
infOrm i ea...






haha
pada koram yang menyampah ngn entry i kali nei
i mintak sory ea....


i blah dulu




Selamat hari Guru bwat semua Guru2 :D


16 May 2011
3.45 AM

Pada 1 hari burung2 pun berkicauan hari itu.

Ada yg bkerja ada yg bgembira..


haha okei okei be serious.. melalut jewk kang !  hais sape ajar nim.. haha


erm
ermm
ermmmmmm

;)

sebenarnya ...

Tiada apa yang nak dibicarakan..
Tiada apa yang nak diperkatakan...
Tiada apa yang nak diluahkan..

Cuma disini bersempena dengan hari Guru , saya selaku seOrang pelajar  ingin  memberi penghargaan tak terhingga buat
 semua guru saya at smu attahiriah & Maahad
Pensyarah2 di UniSZA 
juga tak dilupakan
pada mereka  yang pernah mengajar & mendidik saya secara langsung atau sebaliknya :D

Setiap ilmu yang saya terima
serta
jasa kalian semua takkan dapat dibalas dengan wang ringgit.
Hanya doa saja yang mampu saya berikan agar kalian, guru2 saya 

`disehatkan tubuh badan,
`dipanjangkan umur, 
`dimurahkan rezeki, 
`diberikan kebahagiaan yang hakiki dan diberkati Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. 

Insyaallah ;)
Jasamu  pasti dikenang selamanya!
ye ..
Jasamu akan dikenang sepanjang hayat. 

Saya, Siti Sakinah bt Ismail
dengan penuh rendah dirinya mengucapkan  
Selamat Hari Guru kepada semua  tenaga pendidik yang telah  bersusah payah mengajar saya dengan penuh berhikmah sehingga saya mampu berdikari dan memahami erti hidup ni. 


Terima Kasih!

Jazakallahukhairan kasira.. 

dan 

buat  Mak Ayah , youre my great teachers in my life forever. ;)






Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979


Selamat Hari Guru!!!...
^_~ 


Sunday, May 15, 2011

Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu..



Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
 
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.

Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat 'hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?

Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.

Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka filedakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang.. sekian ;)

Selamat Hari Ibu ;)



Ibuku tidak pandai
Menghantar mesej ringkas
Setiap yang dikirim
Bisu yang berbalas

Ibuku tidak pandai
Meneka mana Eropah
Cuma di benaknya
Mahu ke Mekah

Ibuku tidak pandai
Menghadap teknologi
Hari ini ia belajar
Esok diajar lagi

Ibuku tidak pandai
Memakai baju mahal
Ke mana jua pergi
Kurung tak ditinggal

Ibuku tidak pandai
Mengerah amarah
Tapi tajam jelingnya
Buat kami bersalah

Ibuku tidak pandai
Berbicara syahdu
Hanya tutur mata
Meluahkan rindu

bwat ibuku terchenta..

SELAMAT HARI IBU 


ye.. saya tau blated 
tapi bagi saya hari hari adala hari ibu saya..
so saya nak mak tahu..
yang....



SAYA SAYANG MAK:(
SAYANG SANGATsangat !



 There are so many words i could try & say to u
to let u know how much u mean to me.

But

really the two most important feelings
i want  u to know are 


"Thank You"
for all your love,


and


" i love you "
with all my heart ;)

mak terbaek bwat kami 


Sayang Mak Manyak2 :D


Terima kaseh untuk segala2nya mak







Sunday, May 1, 2011

Chenta Aku Pada Si Dia -_-"




Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa
Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi


Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya…
Meskipun aku tahu
Baik buruknya…
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya…
 

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku…syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya


Jadi…
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya

Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan


Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka…


Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan


Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan


Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah




Doaku…
Harapanku…
Pintaku dengan harap…
Harap dengan sangat…
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu…
Biar jodohku itu…
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu…
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu…
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan…
Ya allah …. amin…


3 tahun d UniSZA bersamasama ;)

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi ku pun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu



 KAWAN.. TEMAN.. SAHABAT ;)


 
detik, hari , saat , minggu , tahun kini saya rasa sangatsangatsangat cepat berlalu...
3tahun d unisza ...
ya allah ! cukuP banyak pengalaman & kenangan indah, pahit MANIS bersama, 

pertemuan kita di suatu hari dulu menitikan ukhwah yang sejati...
saya bersyukur sangat dapat kenal ngan kawan2 saya di unisza mostly bebudak usuluddin 
A juga B ;)

Thanks semua ... 

sebab...
`terlalu baek dengan saya..
`tak pernah bwat jahat kat saya..
`layan saya macam adikberadik sendiri...
terharu ;(

bertuah sangat rasa dapat kenal dengan kawankawan yang tersangat baek hati macam kalian...
sungguh ! kalian memang tiada ganti;(

current mOod 
sedewh ;(
kalO bolei tanak berpisah2 , tanak jaO2 ngan kengkawan ;(
waaa !! tanak tanak
 

tapi...
apa bOlei bwat,
setiap permulaan pasti akan berakhir ,
setiap pertemuan juga akan diakhiri dengan perpisahan.


dulu masa first2 semester 1..
balik rumah mesti cite kat family, cite at kawan2 kat kampom..
hehe

"suka sangat duk di unisza, blajar okei, dapat kenal macam2 kawan, dari utara , timur , semenanjung, 
semua baekbaek semua besh besh ;)"

OKei ,

First2 jumpa :D

wana, nad , tina, ieyla , farhah , sarah , sha , biey, nani, amin rp , kimiey, sabri, amin shahud, daus , din.. ;)
okei ! diOram bebudak kelate..
  wah !! ada banyak geng klate kat sini.. sukasuka :D
kemah kemin gu kito sini :D
ada satu grOup klate da :D
saya tulum awak, awak bantu saya .. yehaa kawan bebaek :D
balik kampOm sesame ,  gOsip2 kai bahasa kita , ye dak ? 
haha semua ternganga dengO kita cakap.. whahaha ,, haPpy ada kOram (:


lepastu2


jumpa plak :D


Eda , eniey ,mimie , noyue , jiha , keri , arih ,
 bertambah lagi kawan saya :D
mereka nei berasal dari terengganu..
yeah, ore ganu kitO ningg ! :D
thanks ea sebab da baek dengan saya :D 
banyak tempat menarik kat tempat koram , BeSH..


zakiah, fana, fira, nani , ciqa , dayah, farah, zahid ,azam , naim , faiz
fuhhhh!!!
meka meka nei plak owang utara...
haiyak, kalO berbicara, x bolei nak benti, totei2 ! haha
mesti  lepas nei rindu nak dengo suara hamPa semua



Naz , afiqah , fiqa , safinah , amal , mira , ena , kakziela , tiqa ,mat nor, taufiqil , lutfi , acat, najib, izhar, subkhi, zayed, amini ,luqman, hazid, sharhan,
  nei geng selangOr ngan negOri 9 ..
haha banyak an geng diOram :D
bila dengar diOram leh cakap luar.. ehee~ suka





okei okei,


then 


Umi Kalsum ;)
Umi salah 1 member saya yang berasal dari jOhor..
kecik manis cumel orangnya..
umi , kau memang baek, 
thanks hadir dalam hiduP aku ,
bantu aku dll ...
 


to Hazirah & Jijo plak ;)
Mereka member saya at pahang..
yeha  ! hepY, ada gak member at pahang..
nanti bila2 i pegi pahang belanja taO  

Last but nOt least ;')

member saya yang sangat2 cumel..
sape ta kenal kan..


Syafiqah & dhila ;)
kamek sayang kitak bha :D
dua2 nya member saya kat semenanjung malaysia..
diOram dari sabah...
fuhh tiap2 taun nek flight.. maju2 :D
 
  dengan mereka saya dapat belaja banyak bahasa sabah..

haha besh :D
thanks ika , thanks dila ;)


Mereka lah kawankawan kelas saya yang terbaek disini ;)

3 tahun bersama mereka , 
3 tahun berjuang, berjihad mencari ilmu,
3 tahun melalui saat2 sukaduka jua Gumbira bersamasama ,

adOi....
3 tahun ... 


3 tahun hampir berlalu...


lagi 2, 3 hari lagi , perpisahan bakalan mendatangi kita...
sedew...
ngilu sangat rasa...
;(


awak, awak , awak... & AWAK

saat detik yang kita lalui ,
kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang ;)
THANKS .. sebab hadir dalam hidup saya ..
bangga ada kawankawan macam kamu2 oram semua ..

saya tahu, secara langsung atau x langsung saya pasti lakukan kesilapan or ada bwat koram sakit hati..
sO, untuk 2 , saya nak susun 10 jari kaki,tangan , mohon ampun maaf dari koram2 semua...
if saya banyak dosa ngan koram, maafkan saya, jangan simpan2 dalam ati tau,



saya haraP sangat..
silaturahim antara kita tak akan putus,, nanti kalau2 jumpa saya kat mana2 tegur2la ea ;)


semoga ,
kita semua akan jadi , kawan, TeMAN , dan SAHABAT sampai bilabila...

Psst , kawan2 , ingat tau bila da klua universiti, da grad , jangan lupa diri, ingat asal usul kita ;D
hOpefully kita semua bahagia dengan hiduP masing2 :D
&
semoga semuanya bejaya dengan cita-cita masingmasing...
takeGOODcare semua ;)



hingga jumpa lagi ^_~