Bidadari
Syurga
Bidadari
syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk
hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki
syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan
suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi
izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah
untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan.
Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka
telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila
melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami
mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari
syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu,
sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada
kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan
ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan
bersedia melayani para ahli Jannah.
AL-QURAN
Mahukah
supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu?
Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa
syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.
Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta
(beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah
keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih
melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan
(mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya
Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan
di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka
semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di
dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu
(kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh
manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima
dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang
di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya
melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam
kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya,
lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia
itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal
masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang
kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum
mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)
HADITH
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan
menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari
Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman,
“Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat
oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh
fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari
Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku
bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan
pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan
dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan
sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti
ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan
aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga
itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari
Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut
bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan
barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
Ibnul
Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada
dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat.
Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar
cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab
Hadzil Arwah:316)
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah
bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan
wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing
orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya
kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi
bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Dari
Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada
tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan
mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”
Dalam
sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu
Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu
tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung
dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada
Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan
tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik
daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari
Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan
untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai
Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi
kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
Dari
Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang
lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w
menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang
bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak
tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada
Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain
sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya
kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka
berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat
sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha
dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang
memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Riwayat
Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu
terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan
dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua
bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja
bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran
ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti
aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”
Riwayat
Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah
menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke
syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan
wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga
tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang
masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu
tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana
gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal
dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril,
“Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?”
ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini
diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada
menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
Di
dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim
bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t
menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan
merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur.
Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke
lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari
payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat
dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua
air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah
s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari
emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua
kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”
Sumber : Dr. Prof Engku Zaki (Dekan Fakulti Kontemporari Islam UniSZA)
3 comments:
satu perkongsian yang menarik =)
Syukran. sekadar pkongsian. moga kita jadi hamba solehah~ :)
Post a Comment