Awak follow kita , kita follow awak balik ! hehe ^_~

Monday, June 13, 2011

Jom Masak Bubur Jagung ;)


weee~ 
masuk harini da 4hari berturut2 i bwat bubur jagung..
kebetulan jagung yang at kebun menjadi..
so, sakan ah masak masakan berasaskan jagung !
mabless !
cedap u !
suka :D

i memang suka bubur jagung since tecik tecik agi..
kalo tyme demam lagilah, x sah x makan bubur jagung nim... wee~ :D
urm.bukan i jew suka bubur jagung , mak ayah fmly i pom suka !
waaa ! pberet kami ah ♥ 
 
well...

nei RESEPI BUBUR JAGUNG ;)
koram try ah ea :D

Bahan-bahan : ( 5-6 orang )

  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti  gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan 

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

     haaa... camana ? 
    :D
    cenam jew an  tawan2 ?
    haha




    koram cuba au , jangan x cuba !!!

    bye !

    No comments: